hari ni nak cite pasal air! hee..
dalam dunia ni boleh ke kite idop tanpa air??? hurmmm..ade ke? bace artikel kt bawah ni..(wahahah.. tetibe sgt skema..ops!)
molekul air H2O: korang paham x.. subjek kimia me dpt C je..huhu
kisah air dan tamadun (arini kite blaja sejarah jap..):
+ Tamadun manusia tertumpu di sekitar kawasan yang mempunyai air.
Contohnya: Sungai Euphrates, Tigris, Nil, Wadi, Yang Tze, Ganges (dulu blaja subjek sejarah kt sekolah..so pahamla sikit2..hee)
+ Jika air tidak mencukupi, manusia merekacipta sistem pengairan yang canggih
Contohnya: Tamadun Inca di Banjaran Andes
Tamadun Inca: Banjaran Andes
+ Adakah air dunia mencukupi?
Tidak, khasnya di negara membangun!
Sebabnye:
+ Air dalam bentuk yang tidak boleh digunakan!
+ Kos untuk mendapatkan air terlalu mahal!
+ Air tercemar!
1900 – 1995: jumlah penduduk dunia bertambah 2 kali ganda, tetapi penggunaan air meningkat 6 kali ganda! (ramainye manusia..huhuhu)
+ walaupun sumber air dunia tidak berkurangan (kenapa?) air yang dapat digunakan dengan selamat berkurangan sebab:
1. pencemaran sumber air
2. pertambahan penduduk
3. risiko perubahan iklim (contohnya: El-Nino)
Akibatnya:
+ 20% dari penduduk dunia kekurangan air minuman yang selamat
+ 50% dari penduduk dunia kekurangan kemudahan sanitasi
+ 50% penyakit di dunia tersebar melalui air
+ pencemaran air menyebabkan kematian 25 juta manusia setiap tahun
Info:
+ 70% permukaan bumi diliputi air
+ air sentiasa bergerak, dalam bentuk wap air, cecair, dan ais
+ Bumi adalah sistem yang tertutup, tiada penambahan dan pengurangan jirim (matter)
+ Air yang ujud sekarang adalah juga air yang ujud berjuta-juta tahun dahulu
+ Air yang didapati adalah melalui kitaran air yang berlaku di seluruh bumi
[sumber: Sumber dan sifat air]
p/s: ade byk lagi info pasal air yang korang leh baca kt sumber berikut tapi yg penting kt sini me nk cite pasal kandungan KLORIN dalam air yang kite minom skang..oh! apekah?
menurut kajian (Lim Fang Yee & Md. Pauzi Abdullah, 2008)(err..ni la reference yg me slalu kene buat!)
+ Klorin sebagai agen disinfeksi (apekah term ini?) dalam air minuman telah digunakan secara meluas sejak ia berjaya dipraktikkan dalam bekalan air minuman di Jersey City pada 1908.
** disinfeksi: merupakan proses yang paling penting dalam proses rawatan air mentah kerana proses ini berupaya membasmi penyakit yang disebabkan oleh mikroorganik patogen..(uh..paham2 sendiri eh)
bakteria: patogen dalam air..weekk..gelis!
+ Kebanyakan loji rawatan air di Malaysia menggunakan klorin sebagai agen disinfeksi untuk membunuh patogen dan bahan pencemar yang membahayakan para pengguna.
+ Oleh kerana klorin merupakan agen disinfeksi yang kuat, ia boleh bertindak balas dengan komponen-komponen kimia seperti mangan, ferum, hidrogen sulfida, ammonia, dan fenol dalam air.
+ Tindak balas ini berlaku dengan pantas, dan klorin tidak akan bertindak sebagai agen disinfeksi sehingga semua sebatian organik dan inorganik yang hadir dalam air telah bertindak balas dengan klorin.
+ Komponen-komponen kimia yang boleh bertindak balas dengan klorin akan menyebabkan permintaan klorin dalam air.
Klorin merupakan agen pengoksidaan yang kuat. Gas klorin sangat larut dalam air dan dapat membentuk asid hipoklorus (HOCl) dan ion hipoklorit (OCl¯) dengan cepat! ape tu??
Disinfeksi air minum dengan menggunakan klorin akan menghasilkan bahan sampingan yang:
+ memudaratkan kesihatan orang awam.
+ penyebab barah apabila diuji pada dos yang tinggi terhadap haiwan.
+ merengsakan sistem pernafasan terutamanya bagi kanak-kanak dan orang tua.
+ dalam keadaan cecair ia boleh melecurkan kulit.
+ dengan kepekatan 1000 ppm atau lebih ia boleh membawa maut.
+ adalah antara gas-gas yang digunakan semasa Perang Dunia Pertama sebagai gas perang.
+ berhubungkait dengan kesihatan manusia!
minum air putih lebih baik dari minum nescafe: pesanan untuk diri sendiri..huhuhuhu
rumah saya ada Chef Wan!: iklan sponsor dr penaja..wehehehe








Amboi..terer nye wife ucuk abng ni, hee
ReplyDelete